PROFIL SYARIKAT


ÿ  SIREH PINANG adalah sebuah syarikat pemilikan tunggal yang ditubuhkan dalam tahun 2003 dengan aktiviti perniagaan utama dalam bidang pembuatan dan pemasaran pakaian wanita, aksesori fesyen dan menerima tempahan pakaian biasa dan pakaian pengantin.

ÿ  Pakaian-pakaian BUTIK SIREH PINANG direka dan dijahit di kilang milik sendiri bertempat di Seksyen 9 Shah Alam, Selangor dan kemudiannya ditempatkan untuk jualan di 5 butik milik syarikat di Subang, Shah Alam, Kuala Lumpur dan 10 gerai promosi yang dibuka di kompleks membeli belah di Shah Alam, Subang Jaya dan Kuala Lumpur.

ÿ  Pakaian-pakaian rekaan dan keluaran BUTIK SIREH PINANG adalah menggunakan jenama SIREH PINANG Ô dengan volume pengeluaran antara 1,000 hingga 1,500 helai setiap bulan.

ÿ  Rekaan menarik, penggunaan fabrik berkualiti tinggi dan harga berpatutan menjadikan jenama SIREH PINANG Ô keluaran BUTIK SIREH PINANG semakin mendapat sambutan dan perhatian dari pelanggan sekitar Shah Alam, Subang dan Kuala Lumpur.


No comments:

Post a Comment